IV FOR CAT ACCA SCHOLARSHIP PROGRAMME 2017 *INTEC

Thursday, April 27, 2017

Assalammualaikum & hey ebelibodiyh!

NI PART II (PART I)



Aku penat ngat harini, aku betul-betul baru lepas balik iv CAT/ACCA, so ayuh lah terus straight forward dengan sebab utama korang kesini. Bagi yang baru nak pergi math plus bi assessment, entry ni bukan untuk korang, sila rujuk PART I (KLIK SINI).

And FYI, Aku pergi IV ni saja suka-suka, aku taknak pun jadi accountant, sebab orang nak offer scholarkan takkan taknak cuba right?

Sampai-sampai, aku tunggu kawan aku (yup, aku dapat iv hari sama) , pastu kena pergi daftar, just tulis nama, email, no tel. Pastu kena tunggu, akan ada ceramah/talk mengenai CAT/ACCA and also Scholar. Bahagian ni aku sarankan, kalau korang nak tanya soalan, baik simpan dulu, sebab nanti waktu IV korang WAJIB prepare sekurang-kurangnya satu soalan untuk panel.

dalam pukul 10:00 something, dia akan bacakan nama candidates yang dpaat sesi petang, masa ni aku berdoa sepenuh hati tak jadi macam IV Petronas haritu, aku kena group FIRST, first yang memang first la! And Alhamdulillah, nama aku tersenarai dalam sesi petang yang start pukul 2. Even balik lambat lah maknanya.

Dah tahu sesi, aku terus chau pegi mengisi kekosongan perut, and terus pergi lepak Surau YANG BAPAK JAUH NAK MATI. Penat jugak la berjalan cari surau, rupanya, nun jauh disana. Lepas Zuhur kami cepat-cepat lari pergi balik tempat kumpul masa dengar talk tu. Lepas dah semua ada, ada akak tu akan guide kita pergi bilik menunggu.

Masa ni aku dah start rasa nebes. Kami ada tiga bilik iv, and ini yang dapat ku simpulkan dari apa yang aku dengar dari budak-budak yang iv dulu (ni berdasarkan pandangan budak lain) ;

Bilik 1 : ni aku tak tau
Bilik 2 : Panel tu suka gelak, buat lawak. Tapi dah nama pun IV nebes tu adalah. Tapi bsalah seorang tu suka buat muka bagi ko rasa ko tak layak.
Bilik 3 : Ni psyco gila, saja bagi ko takut. Memang nak bagi ko rasa giveup. (sebab dua-dua panel perempuan hahaha)

Tunggu punya tunggu punya tunggu punya lagi, akhirnya giliran aku, LAST SEKALI BUDAK PEREMPUAN YANG KENA IV AND ALSO SECOND LAST YANG KENA IV, SEBAB LAST SEKALI LAKI. Haaaa, ambik ko nak sangat lambat, lain sungguh dengan iv petronas.

Masuk-masuk, aku bagi resume aku. Dia suruh perkenalkan diri (nama, sekolah, asal, latar belakang fam, mak pak kerja apa, adik beradik sekolah mana). Pastu dia straight forward tanya sal CAT ACCA. Yang ni kalau korang betul-betul berharap scholar ni, tolonglah prepare diri sendiri dengan maklumat ACCA and CAT ni, Hafal la kalau boleh.

CAT/ ACCA ni shortform untuk apa? Berapa paper? Contoh nama paper? Berapa tahun semua tu. Tolanglah buat research sebelum masuk iv. Pastu disebabkan SAYA ALIRAN SCIENCE lagi lah teruk aku kena, oh and btw aku dapat bilik 3, dua dua perempuan.

Antara soalan yang dia tanya tanpa mengikut turutan and ofcos FULLY ENGLISH ;

1) Apa anda tahu pasal ACCA/CAT? 

2) Kenapa nak ambik accounting?

3) Kamu rasa math dan accounting ni ada persamaan ke? Tahu tak dia hanya guna basic math. (disebabkan aku bagi alasan aku minat math untuk jawapan no 2)

4) Kenapa nak sambung account tapi aliran sains dulu?

5) Kalau dapat scholar untuk sambung foundation in sains, nak pergi tak? (masa ni aku macam, gila taknak pergi scholar kut, tapi i cover lah sikit jawapan i)

6) Tak sayang ke subjek sains ok tapi sambung account? (Aku straight A)

7) Kalau tak minat sains kenapa A? (LOL masa ni aku bengang so aku jawab, tak semestinya kalau saya tak minat saya kena dapatkan D semua subjek sains just to prove to my dad yang saya tak minat sains, saya still boleh master in all subjek even tak minat, thats why kena study hard, dia terdiam sekejap pastu baru angguk)

8) Pilihan UPU? (Masa ni aku terpaksa tipu, im sorry baby. Aku jujur pilihan aku untuk atas atas, semua pasal sains math and sains hayat, but bila dia tanya abis tu takdak letak pilihan account ke? aku cakap ada tapi bawah bawah HAHAHAHAHAHAH SORRY! TIPU SUNAT K. )

9) Pastu dia tanya ada soalan tak untuk dia?

Pastu abis. Sekian. 

P/S ; Aku tak rasa pun aku dapat, sebab saya agak keciwa dengan iv saya kali ni, maybe sebab aku memang tak minat account, so aku tak rasa aku buat dengan baik, sebaik IV petronas. But nvm, lepas, biarkan lepas ok?! But aku akan still update dapat ke tak, kat bawah nanti ye.

P/S II ; Yang aku share ni apa yang dia tanya aku, ada je soalan lain yang kemungkinan dia akan tanya macam why you deserved this scholar and ect. Try blogwalking kat blog lain pulak eh.

Thats all for now, ttyl x -Ena

You Might Also Like

0 5 comments !

recent posts

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images

Subscribe