ASSESSMENT FOR CAT ACCA SCHOLARSHIP PROGRAMME (INTEC) *sunway

Wednesday, April 19, 2017

Aku budak SBP & this is my side of story.

NI PART I (PART II- REAL IV)



Helo and assalammualaikum semua, aku baru je balik dari test kat INTEC hari ni, deman-deman kena test, dah lah math lak tu. Sebabkan aku nak test harini, semalam aku terai lah cari post dekat blog lain mengenai iv/test ni, tapi tidak ku jumpa bagi yang lepasan spm punya, kebanyakkannya yang dah degree semua tu, jadi i pun decided untuk buat satu bagi panduan batch-batch akan datang.

Ok semua, aku ni freshly spm leavers, mmg tengah tadak buat apa-apa, aku dapat invitation ni melalui email, & weyh kalau korang pun baru je abis spm pastikan, pastikan ada email yang tetap and boleh guna pakai, kalau macam aku, aku buat email baru, khas untuk biasiswa. Sebab dulu aku jenis yang ingat ada email ni tadak guna.


Haa macam tu lah surat jemputan dia, aku untung dapat session tak pagi ngat, tak petang ngat, aku yang sememangnya dah stay umah sedara kat rawang, bertolak dalam pul 10:15 gitu, setelah tempuh beberapa tol, bukak waze sebab sesat tak jumpa simpang, aku sampai 11:00 ke 11 suka kot. Sampai-sampai, aku pergi cari block R, which happen to be blok fakulti muzik, segala jenis bunyi piano, gitar semua aku dengar.

Memang dia kata ada registration, tapi dia punya registration just isi borang je. Ujian dia ni guna komputer and fully english. & jangan lupa bawak apa yang dia suruh and pastikan bawak gamba passport satu. Untuk group aku, kami start dengan english assessment, SOALAN DIA ADUIMAK KACANG HARAM weh. 

Jangan risau, dia semua pasai ayat yang menerangkan atau ada kena mengena dengan statement yang dia kasi. So, ngan risau english. Oh and dia kasi, 30 soalan dalam masa 45 minit, jangan risau, insyaallah sempat. Pastikan jangan submit kalau dah siap, sebab boleh re-check kalau nak, kalau dah submit, korang kene lah duk melangut je sementara orang lain nak siap. 

Dah abis tu, dia terus start dengan Math Assessement, haaa yang ni kene bawak calculator. & kalau aku aku study kit addmath bab probability. Sebab yang lain semua basic math mode. & again jangan risau probability tu pun basic je. Aku dapat tau ada probability pun sebab kawan aku dah pegi test tu tapi hari lain laa.

Tapi yang aku sedihnya, (ni sebab aku minat math eh), bagi aku masa tak cukup untuk re-check. Soalan dia 40 dalam masa sejam 15 minit. Mungkin sebab aku spent time banyak baca soalan kut, soalan dia in english and semua terms yang dia pakai dalam bi and saya disini belajar bm di sbp. sadis beb.

Lepas abis dua dua test, korang boleh chaw, and result dia kasi melalui email. Kalau korang lepas exam tu, kene pegi iv lak, tu yang payah sebab hari lain lain huhu. Klah sampai sini je nanti aku update dapat ke tak iv dia. Oh and btw ni untuk course accounting, aku tak minat sebab aku ambik pure science kat sekolah dulu, saje test nasib.

& maklumat tambahan yang aku dapat kalau korang dapat test kat yang dekat sunway punya, test dia lama, sampai petang, and kena buat essay bi HAHAHAHAAHHAAHHAHAHA kawan aku dpat dekat sunway pukul lima baru abis, macam dekat intec pukul 1;30 dah boleh balik. ok tu je, bye guys! & gudluck.

p/s ; harini 21/4 aku baru je lepas terima email kata aku lepas ujian ini dan boleh teruskan untuk interview session! 26/4 ni. nanti aku update post lain perjalanan iv k! btw, esok 22/4 aku ada interview untuk biasiswa petronas. Doakan aku beb!


You Might Also Like

0 5 comments !

recent posts

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images

Subscribe